NAK KULIT SIHAT, BERSIH DAN FLAWLESS MACAM WAKTU REMAJA DULU? JOM SAYA KENALKAN RAWATAN REJUVENASI KULIT PRP 😍 

Hari ini saya nak kongsikan tentang satu lagi rawatan yang dipanggil sebagai Platelet-Rich Plasma atau nama singkatannya PRP. Mesti korang semua tertanya-tanya kan apa itu PRP. Saya jelaskan ya, Platelet-Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang menggunakan plasma daripada darah anda untuk membantu merangsang pertumbuhan semula sel kulit di kawasan yang digunakan. PRP adalah selamat digunakan dan sangat sesuai bagi pesakit yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah kaedah secara semulajadi dan menjanjikan hasil yang sangat menakjubkan. 

Anda kena tahu tau manfaat kalau anda buat rawatan PRP ni sangat-sangat bagus kerana hasil dari rawatan itu yang pertama dapat rejunevasikan kulit anda semula. Rejunevasi ini ialah mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang. Kedua, dapat mengurangkan parut di seluruh kawasan anggota badan anda. Tak kisahlah anda nak buat di kaki,tangan,muka,belakang badan dan juga dikepala semua boleh. Kalau anda buat dikepala, ia juga dapat melebatkan rambut anda jika anda ada masalah keguguran rambut. Hebat kan kebaikan kalau anda buat rawatan PRP ini? Kebiasaanya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh ,e,bantu mendapatkan kesan maksimun. Yang ketiga, dapat menghilangkan pigmentasi. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. Jadi, dengan membuat PRP dapat membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Keempat garis dan lekuk pada wajah. PRP akan diaktifkan dengan campuran kalisum sehingga berubah menajdi filler semulajadi. Manfaat yang terakhir pula ialah alopecia. Alopecia adalah kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badan. 

Kelebihan rawatan PRP di Marissa pun banyak tau. Anda tak perlu risau sebab rawatan dilakukan oleh konsultan yang berpengalaman. Prosedur sewaktu rawatan juga mengambil masa yang singkat sahaja dan Marissa Aesthetic ialah klinik yang telah bertapak selama 15 tahun di Malaysia. Klinik Aesthetic ini juga diasaskan oleh pakar kecantikan Dr. Rushmini Maris. Mereka yang ada masalah pigmentasi, memiliki kulit yang rosak, kusam dan juga mereka yang mahu merawat kulit daripada penuaan adalah orang yang perlu mendapatkan rawatan PRP ini. Hasil rawatan kita akan boleh lihat wajah menjadi semakin lembut dan tegang. 

Disini ada sedikit testimoni daripada mereka yang telah berpuas hati selepas menjalani rawatan PRP. 

Testimoni 1

Dulu saya tak tahu kepentingan pakai sunblock, jadi kini apabila umur saya baru mencecah 35tahun, kulit saya dah mula ada pigmentasi. Tapi masa dah tak boleh diputar kembali. Hanya boleh cari solusi nya saja, saya tak mahu kulit saya jadi berpeta atau lebih dikenali sebagai melasma. Kalau saya tak rawat daripada sekarang, gerenti nanti umur saya mencecah 50an dah ada”peta dunia” pada wajah saya. Selain daripada menjalani rawatan laser di Marissa saya juga ambil rawatan pakej PRP. Bukan saja dapat sekata kan tona kulit saya yang nampak kusam ni tapi turut menghilangkan parut lama dan menjadikan kulit saya kembali tegang dan anjal.

Puan Adiba

Testimoni 2

Walaupun umur saya baru mencecah 23 tahun tapi saya ada masalah kulit yang kelihatan kusam. Telah banyak skincare yang saya  cuba tapi masih tak berjaya, ramai kawan tegur wajah saya kusam dan tak berseri. Selain daripada masalah parut jerawat, saya juga ada masalah pigmentasi dan tona tak sekata pada wajah saya. Saya gunakan platform google untuk buat “research” macamana nak selesaikan masalah kulit saya ni, saya sangat tertarik dengan rawatan PRP di Marissa Estetik, selain daripada pusat estetik yang mempunyai kredibiliti selama 15tahun, layanan konsultan yang sangat profesional sangat menarik hati saya untuk mencuba rawatan ini. Tak sangka kini kulit yang dulu macam kertas pasir dah mulus persis kulit bayi!

Cik Salwani

WAHHH, ANDA SEMUA DAH LIHATKAN KEBAIKAN SERTA TESTIMONI RAWATAN PRP NI. TAK BERMINAT LAGI KE NAK CUBA RAWAT KULIT DENGAN HANYA MEMBUAT RAWATAN PRP SAHAJA 😝. KALAU ANDA SEMUA BERMINAT TEKANLAH LINK DIBAWAH INI. SAYA TUNGGU TAU 💓



Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL MARISSA ( Mengupas masalah hormon)

kini kurus dengan lebih mudah dengan adanya rawatan teknologi baru redlight di Marissa

HAPUSKAN PIGMENTASI TANPA RASA SAKIT HANYA DENGAN TEKNOLOGI BARU REDLIGHT DI MARISSA